Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi
>> Thursday, October 22, 2009

![]() |
| ALI |
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
Sumber : Harian Metro 22/10/2009
Ayat al-Quran pada kulit bayi
>> Wednesday, October 21, 2009
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam. Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu. Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu. Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia. "Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova. Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu. Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian videoYouTube. "Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi Sumber : Harian Metro 21/10/2009


Perjalanan Hidup Seorang Aku (sebelum bergelar guru j-QAF)
Dunia dah hampir nak Kiamat...
>> Sunday, October 18, 2009
Kejadian gempa bumi makin kerap berlaku. Baru2 ini berlaku di Padang, ribuan manusia mati dan ratusan rumah dan tempat tinggal musnah. Itu tidak termasuk dengan mereka yang ditelan bumi masih belum ditemui mayat mereka.
Sebelum ini, berlaku peristiwa Tsunami yang menelan korban mungkin jutaan nyawa manusia yang melanda Acheh, Sri Lanka, Thailand dan juga negara kita sendiri, Malaysia. Peristiwa seperti ini menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. yang mampu dan berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. "In araada syai an yaquula lahuu 'kun fayakuun'."
Kita semua pasti akan mati satu hari nanti. Cuma, Malaikat Maut tidak datang berbisik kepada kita memberitahu bila tarikh dan masa kematian kita. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan saat kematian kita.
Kadang2 bencana yang menimpa bumi ini adalah akibat perbuatan maksiat dan dosa manusia itu sendiri. Kita kadang2 alpa dan lalai menjadi manusia beriman yang taat kepada perintah Allah Ta'ala. Umat Islam hari ini, ramai yang Islam pada nama saja, tapi perangai dan akhlak tidak mencerminkan umat Islam yang sebenar.
Insaflah wahai manusia, kembalilah kepada Allah... kembalilah kepada Islam... kembalilah kepada cara hidup Islam yang memberi 'tiket' kepada kita untuk mencapai kebahgiaan di dunia ini dan juga kebahagiaan di akhirat nanti... INSYA ALLAH...
Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt
>> Friday, October 9, 2009
Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an. “Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut: 17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” 17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).” 8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.” Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik. Gaya hidup bermewah-mewah seolah disimbolisasikan dengan acara pelantikan anggota DPR yang memang WAH. Kedurhakaan bisa jadi disimbolkan oleh tidak ditunaikannya amanah umat selama ini oleh para penguasa, namun juga tidak tertutup kemungkinan kedurhakaan kita sendiri yang masih banyak yang lalai dengan ayat-ayat Allah atau malah menjadikan agama Allah sekadar sebagai komoditas untuk meraih kehidupan duniawi dengan segala kelezatannya (yang sebenarnya menipu). Dan yang terakhir, terkait dengan “Fir’aun dan para pengikutnya”, percaya atau tidak, para pemimpin dunia sekarang ini yang tergabung dalam kelompok Globalis (mencita-citakan The New World Order) seperti Dinasti Bush, Dinasti Rotschild, Dinasti Rockefeller, Dinasti Windsor, dan para tokoh Luciferian lainnya yang tergabung dalam Bilderberg Group, Bohemian Groove, Freemasonry, Trilateral Commission (ada lima tokoh Indonesia sebagai anggotanya), sesungguhnya masih memiliki ikatan darah dengan Firaun Mesir (!). Sumber : www.eramuslim.com
SEKILAS PANDANG TENTANG PERBUATAN TERKUTUK
>> Saturday, October 3, 2009
Pindah Lagi!!!
>> Wednesday, September 30, 2009
Jejak Kasih
>> Friday, September 25, 2009
Membentuk keluarga hafiz
>> Wednesday, September 23, 2009
RANTAU PANJANG 22 Sept. - Jika ada seorang sahaja anak yang hafiz al-Quran sudah tentu cukup membanggakan ibu dan ayah kerana para penghafaz merupakan kalangan terpilih, dijanjikan dengan pelbagai kelebihan di dunia dan akhirat. Bagaimana pula agaknya jika mempunyai lebih dari seorang hafiz dalam keluarga, malah tujuh orang kesemuanya seperti anak-anak Che Rogayah Che Leh, 65, dari Kampung Dangar, di sini. Tentunya ia sangat disyukuri oleh Che Rogayah yang mengasuh dan membimbing anak-anaknya itu kerana kecintaan yang begitu mendalam terhadap al-Quran walaupun ia suatu yang sememangnya cukup sukar. Kecintaan itu terus disemai dan dipupuk di dalam jiwa anak-anak agar membesar melalui penghayatan al-Quran selain menghafaz. Ibu kepada 11 anak ini yang merupakan guru al-Quran, bertuah kerana bersuamikan tokoh tahfiz terkenal negeri ini, Abdullah Daud, 75. Kedua-duanya mengajar kalangan yang ingin menyempurnakan bacaan dan menghafaz al-Quran selain tumpuan kepada anak-anak sendiri. ''Bila ayah seorang guru tahfiz, maka anak-anak sudah tentu mengikut jejak. Rugilah kalau kelebihan yang ayah mereka ada tidak dapat dicontohi,'' kata Che Rogayah ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya baru-baru ini. Che Rogayah yang mendapat pendidikan sehingga darjah 6 di Naim Lilbanat diberhentikan sekolah dan dikahwinkan ayahnya dengan Abdullah pada usia 17 tahun pada tahun 1961. Abdullah yang ketika itu mengajar tahfiz di Mekah meminta rakannya, Allahyarham Abdul Latif Omar, seorang ulama terkenal di Rantau Panjang, menjadi wakilnya dalam acara akad nikah. Che Rogayah dihantar ke Mekah dua minggu selepas itu untuk bertemu buat pertama kali dengan suaminya dan pada tahun 1971, mereka kembali menetap di Kelantan. Seramai enam anak lelakinya yang hafiz adalah Mohd. Amin, 47, guru Quran di Masjid Pasir Mas, Abdul Hafiz, 34, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Abdul Bari, 32, imam Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Abdul Muhaimain, 31, guru Maahad Tahfiz Sains, Pulai Chondong, Abdul Sattar, 27, imam Masjid Kota Darul Naim dan Muhsin, 25, masih menuntut di Yaman. Seorang anak perempuannya yang hafiz ialah Hasnah, 23, yang pernah mendapat johan Pertandingan Menghafaz Peringkat Kebangsaan pada tahun 2005. Empat lagi anaknya ialah Mahmud, 44, bekerja sendiri, Abdul Rahman, 38, guru Sekolah Imtiaz, Besut; Baharuddin, 36, imam Masjid Muhammadi, Kota Bharu dan seorang lagi anak perempuan, Zakiah, 29, guru pelatih di Selangor. Menurut Che Rogayah, kesemua anaknya dididik untuk menjadi hafiz tetapi hanya yang sanggup bertahan dengan cara ayah mereka sahaja yang berjaya. ''Suami saya memang tegas dan saya sebagai ibu akan terus memberi dorongan kepada anak-anak untuk bersabar dan meneruskan pengajian dengan ayah mereka. ''Apabila ada yang tekad mahu berhenti maka sayalah yang akan jadi perantara memberitahu suami, kena carilah saat dan ketika yang sesuai supaya dia faham," katanya. Che Rogayah memberitahu, anak perempuannya Hasnah yang hafaz penuh pada mulanya juga mahu berhenti sekerat jalan. ''Hafazannya banyak terganggu kerana sering sakit perut akibat senggugut. Saya beri semangat dan apabila dia menjadi johan peringkat kebangsaan 2005 kategori 1-15 juzuk, dia tidak menoleh ke belakang lagi," katanya. Che Rogayah berkata, semasa proses membesarkan anak-anaknya, mereka diwajibkan tidur sebelum pukul 11 malam selepas seharian menghafaz al-Quran dan bangun setengah jam sebelum Subuh. ''Saya menyediakan sendiri makanan mereka dan tidak pernah membeli makanan luar takut termasuk bahan-bahan yang diharamkan Islam. Saya pastikan masakan saya kurang pedas dan tidak membenarkan mereka memakan asam," ujarnya. Namun Che Rogayah berkata, dia dan suaminya tidak kecewa walaupun tidak semua kesebelasan orang anaknya hafiz. ''Tidak mengapa, ini kurniaan Allah. Yang menjadi hafiz pun hanya mereka yang menjadi pilihan Allah sahaja," katanya. Sumber : Utusan Malaysia 23/09/2009Oleh ASMA HANIM MAHMOOD







